34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Syarikat pengeluar baju kucing, penjagaan haiwan sumbang RM10,000

Sumbangan berkenaan bagi memastikan kehidupan haiwan peliharaan yang terbiar, khususnya kucing dapat diberi perlindungan sewajarnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH syarikat pengeluar Baju Raya Kucing DD Cat dan syarikat penjagaan haiwan, DD Petshop menyumbang RM10,000 kepada lima pusat penjagaan dan perlindungan kucing terbiar di sekitar ibu kota di sini.

Sumbangan daripada Baju Raya Kucing DD Cat dan DD Petshop itu bagi membantu memastikan kehidupan haiwan-haiwan peliharaan yang terbiar, khususnya kucing dapat diberi perlindungan sewajarnya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam majlis Giving Back To Cat-Munity, di Mitec di sini.

Turut hadir, duta jenama Baju Raya Kucing DD Cat, Anna Jobling dan Pengarah Eksekutif DD Petshop, Zaharudin Abd Hamid.

Lima buah pusat penjagaan dan perlidungan kucing tersebut ialah Katsumi Pet Care, Pusat Perlindungan Kucing Persatuan Suara Haiwan Malaysia & Amanah Shelter, S.I Shelter, C-A-T Playground dan Abam Cats Home.

Sumbangan kepada pusat penjagaan terbabit berupa wang tunai RM1,000 daripada jenama Baju Raya Kucing DD Cat dan RM1,000 berupa baucar makanan serta keperluan kucing daripada DD Petshop.

Advertisements

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, langkah ini harus dicontohi kerana ia mampu menangani masalah kucing terbiar dan membendung kes penderaan haiwan.

“Sejak akhir-akhir ini kita banyak mendengar kes penderaan haiwan khususnya melibatkan kucing. Program seperti ini secara tidak langsung memupuk rasa cinta kepada haiwan.

“Justeru, saya berharap semua pihak tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan terbiar khususnya kucing,”katanya.

Jenama Baju Raya Kucing DD Cat ini telah dilancarkan pada 16 Mac 2023 yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat luar biasa dan di luar jangkaan.

Koleksi bersempena Aidilfitri ini menampilkan empat jenis fesyen iaitu Baju Melayu Simba, Kurta Muezza, Baju Kurung Bella dan Baju Kebaya Luna.

Selain Malaysia, Baju Raya Kucing DD Cat turut menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan