27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

EPL: Saka ranapkan peluang kemenangan Arsenal

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

ARSENAL sekali lagi mensia-siakan kelebihan dua gol apabila seri 2-2 dengan West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, sebentar tadi.

Arsenal bermula garang pada awal 10 minit pertama apabila mendahului West Ham 2-0 hasil jaringan Gabriel Jesus dan Martin Odegaard pada minit ketujuh serta 10.

Bagaimanapun, kelebihan tersebut gagal dimanfaatkan sebaiknya apabila The Hammers merapatkan jurang 2-1 menerusi sepakan penalti Said Benrahma pada minit ke-33.

Bintang sayap sensasi, Bukayo Saka gagal menyudahkan sepakan penalti dalam babak kedua tersasar jauh untuk meletakkan Arsenal kembali dengan kelebihan dua gol pada perlawanan ini.

Kegagalan Saka menyempurnakan penalti itu dihukum West Ham dua minit kemudian melalui serangan balas pantas untuk mengikat kedudukan 2-2 melalui Jarrod Bowen dua minit kemudian.

Advertisements

Mikel Arteta membawa masuk kesemua pemain serangan di bangku simpanan iaitu Leandro Trossard, Jorginho, Reiss Nelson, Fabio Viera dan Eddie Nketiah bagi meningkatkan intensiti serangan memburu gol kemenangan.

Namun, kekebalan benteng pertahanan anak-anak buah David Moyes itu gagal ditembusi Arsenal.

Kejayaan meraih satu mata amat penting bagi West Ham,  untuk mengelak daripada terjatuh ke kelompok penyingkiran dalam baki lapan perlawanan EPL musim ini. 

Ini juga kali kedua berturut-turut Arsenal mensia-siakan kelebihan dua gol apabila diikat Liverpool 2-2 minggu lalu yang ternyata mengecewakan penyokong The Gunners.

Kelebihan Arsenal kini menurun kepada empat mata dengan mempunyai kelebihan satu perlawanan ke atas Manchester City sekaligus  menyaksikan saingan untuk merebut kejuaraan EPL akan berakhir dengan dramatik. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan