34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Gaji Arif Aiman hanya RM25,000

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BINTANG muda negara, Arif Aiman dilaporkan menerima gaji baharu bersama kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Arif menerima kenaikan gaji baharu sebanyak RM20,000 berbanding RM12,000 sebelum ini.

“Arif Aiman menerima gaji baru bersama JDT sebanyak RM25,000 berbanding RM12,000.

Advertisements

“Berbeza dengan beberapa pemain tempatan di dalam pasukan lain yang difahamkan ada yang mencecah RM80,000,” ciapnya di laman Twitter.

Sebelum ini, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pernah mendedahkan pemain sensasi berusia 20 tahun itu hanya dibayar sekitar RM12,000 sahaja.

Setakat ini di musim 2023, Arif sudah meledak lima gol dan lima bantuan gol yang menyaksikan anak didik Tano Solari kini gah memimpin saingan di tangga pertama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan