30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Arif Aiman, Tommy Mawat digantung tiga perlawanan

Mesti Baca

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanafi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada masing-masing digantung tiga perlawanan setelah terbabit dalam insiden pegaduhan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, 10 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAm), Datuk Dr Baljit Singh Sidhu berkata, kedua-dua pemain terbabit didapati telah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play.

Beliau berkata, Arif Aiman bersalah kerana menumbuk bahagian muka sebelah kiri pemain Perak FC itu manakala Tommy Mawat pula menanduk kepala dan mencengkam leher sebelah kiri pemain JDT tersebut.

Akibat kesalahan itu, Arif Aiman tidak dibenar beraksi ketika JDT bertemu Kuala Lumpur Rovers FC dalam Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia pada 20 dan 30 November ini.

Malahan pemain kebangsaan itu juga terlepas aksi bertemu Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super pada 8 Disember.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Tommy pula tidak dibenar beraksi ketika Perak FC bertemu Kelantan Darul Naim FC dalam aksi Unifi Piala Malaysia pada 22 dan 30 November serta perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC pada 4 Disember.

Seperti Arif Aiman, Tommy Mawat turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama namun keputusan tersebut boleh dirayu.

“Tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, situasi tegang berlaku pada minit ke-83 selepas Tommy Mawat cuba menghalang larian Arif Aiman sebelum berlakunya pergaduhan.

Tommy Mawat dilihat mencekik Arif Aiman sebelum pemain JDT itu melepaskan tumbukan ke arah kepala pemain Perak itu ketika rakan sepasukan dan pengadil Razlan Joffri Ali cuba meleraikan pergaduhan.

Kedua-dua pemain hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan