30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Safawi kurang selesa bermain di Thailand – TMJ

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan pemain sayap, Safawi Rasid seakan kurang selesa bermain di Thailand.

Pendedahan itu dibuat TMJ dalam satu rancangan temu bual bersama Astro Arena pada malam tadi.

Safawi telah dipinjamkan dari JDT ke Ratchaburi yang beraksi di Liga 1 Thailand bersama Moussa Sidibe.

Kata TMJ, perpindahan pemain berusia 26 tahun itu merupakan pilihannya sendiri yang ingin mendapatkan lebih minit permainan.

“Safawi ada berhubung dengan saya dan saya rasa dia tidak begitu selesa disana (Thailand). Kita tengok macammana kerana yang nak pergi loan ni bukan saya yang hantar dia, dia yang nak pergi loan. 

“Kami hanya beri kerjasama dimana dia kata mahu mendapatkan lebih minit permainan,” katanya.

Advertisements

Tambahnya, JDT  belum membuat sebarang keputusan buat pemain sayap itu.

“Buat masa ini belum ada kata putus lagi. Tak tahu dia (Safawi) nak balik atau tidak tetapi saya tahu dia kurang selesa disana. 

“Adalah ura-ura yang mengatakan kalau boleh nak balik sini (JDT). Kita tengok dulu, saya pun belum ada kata putus dan belum membuat keputusan,” jelasnya.

Perkembangan ini telah menimbulkan banyak khabar angin dan spekulasi berlegar dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menjangkakan Safawi akan kembali pulang beraksi ke tanah air pada Jun kelak selepas kontrak pinjaman tamat.

Untuk rekod, Safawi kini menjaring satu gol dalam 11 perlawanan bersama Ratchaburi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan