30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Faisal nafi dibayar gaji RM80,000 sebulan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMAIN sayap Selangor, Faisal Halim menafikan dakwaan beliau menerima gaji RM80,000 sebulan seperti yang didakwa sebuah laman Facebook yang bernama Harimau Selatan X.

Menerusi hantaran terbabit, Harimau Selatan X membuat perbandingan gaji pemain di antara Faisal yang merupakan pemain Selangor FC (SFC) itu dengan gaji pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Hantaran itu mendakwa Faisal menerima gaji sebanyak RM80,000 jauh lebih tinggi berbanding Arif Aiman yang hanya menerima RM25,000.

“Pandai pandai je hahahahahah 80k saya dah pakai kereta 500k 600k dah,” kata Faisal di ruangan komen laman Harimau Selatan X itu,” jawab Faisal melalui ruangan komen.

Sebelum ini, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat tonggak tempatan dibayar sehingga RM80,000 sebulan sedangkan bintang JDT iaitu Arif Aiman Hanapi hanya menerima gaji RM25,000 sebulan. – Edisi 9

Terkini

Pembelaan Zahid terhadap Najib tulus sejati, tidak pernah dijaja

PEMBELAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap rakan sejatinya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulus dan...

Lagi Artikel Berkaitan