29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Maria Chin dipenjara 7 hari hina Mahkamah Syariah

Berhubung kenyataan "wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia" yang disiarkan oleh sebuah portal.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini berikutan tindakannya menghina dengan mengkritik keputusan Mahkamah Syariah dalam kes membabitkan Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isteri.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan demikian selepas meneliti dan mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak dan hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara rayuan.

Dalam prosiding hari ini Maria tidak hadir ke mahkamah.

Dalam penghakimannya, hakim Syarie itu berkata tindakan Maria menerbitkan artikel berhubung isu itu telah mendatangkan tanggapan buruk masyarakat dan mencemarkan Institusi Mahkamah Syariah.

“Mahkamah berpuas hati, kenyataan yang dibuat responden (Maria) jelas adalah satu penghinaan selain terdapat komen yang tidak adil sehingga kenyataan itu dikongsi (share) kali.

“Kenyataan itu juga menjurus masyarakat melahirkan rasa tidak percaya pada Mahkamah Syariah,” kata hakim.

Sebelum ini, Maria diperintah untuk mengemukakan tunjuk sebab kenapa beliau tidak perlu dikenakan tindakan kerana mengkritik keputusan Mahkamah Syariah dalam kes membabitkan Nasimuddin dan bekas isterinya

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Mohd. Amran Mat Zain, Othman Ibrahim dan Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Maria untuk mendapatkan lanjutan masa bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan prosiding komital terhadapnya.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Syariah di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia Hanafi kerana mengubah tarikh lawatan anak-anaknya untuk bersama bapa mereka (Faisal).

Emilia dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Hukuman dijatuhkan terhadap Emilia itu menyebabkan Maria pada 5 September 2019 mengeluarkan kenyataan “wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia”, yang disiarkan sebuah portal.

Pasangan berkenaan bercerai pada 2016 dan hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka, Fawwaz, Faiz dan Farhan diberikan sepenuhnya pada Emilia.

Pada 9 September 2019, SM Faisal mengemukakan permohonan komital (menghina mahkamah) terhadap Maria dan permohonan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 Oktober 2019.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan