31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Al-Fatihah, bayi empat bulan meninggal dunia akibat Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

“ALLAHUAKHBAR, mak mana tak sedih anak yang baru jaga empat bulan dua hari tapi Allah lebihkan sayang anak syurga kami.

“Allah uji kami sekeluarga. Kami reda atas pemergian puteri kami Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Al-fatihah buat anak mama,” begitulah luahan Aainaa Mazlan @Anmzln dalam ciapan berantainya, semalam.

Perkongsian berkenaan tular dan menimbulkan pelbagai reaksi hiba dalam kalangan warganet.

Bahkan, tidak kurang juga yang mendoakan semoga ibu muda berkenaan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Menceritakan insiden berkenaan, Aainaa menjelaskan pada 12 April lalu, dia membawa kedua-dua anaknya pergi ke kedai makan ibunya untuk membeli barang tempahan kotak pemberian kuih raya.

“Ibu teman saya pergi beli dan dia tolong jagakan anak-anak dalam kereta. Masa ibu jaga dalam kereta baby ok siap main dengan nenek, video call dengan atuk sekali.

“Dia cakap-cakap bahasa baby dia. Dalam pukul 12 (tengah hari) macam tu saya dan anak-anak balik rumah macam biasa. Bagi anak sulong main dengan baby kejap sebelum dia tidur. Baby aktif macam biasa, tak ada sakit, tak demam, tak menangis atau merengek.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu kemudiannya tidur dan sekitar pukul 5 petang, dia melihat anaknya itu masih lagi tidur serta menganggap anaknya penat.

“Saya terus ke dapur kemas-kemas sikit. Selepas 30 minit saya tengok balik nak kejut bagi susu, bila angkat je dia (baby) tak ada respon… dalam hati (mengucap banyak kali) terkedu. Keep kejut but still no response. Mata dia pun sebelah tertutup dan satu badan sejuk.

“Saya, suami dan anak sulong terus bawa ke klinik berdekatan since masa tu orang tengah prepare nak berbuka so takut jalan jem. Sampai je klinik, doc (doktor) suruh buat CPR dekat anak saya sementara menunggu ambulans sampai.

Menurutnya, pihak klinik menghubungi hospital swasta berdekatan namun tiada hospital yang mahu menerima pesakit yang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Allahu berat betul ujian kami sekeluarga… And they said hospital government je yang boleh. Menurutnya, 15 minit kemudian, ambulans sampai dan mereka terus dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Advertisements

“Dalam perjalanan ke sana, baby dapat oksigen dan masa tu baby buka mata, ada nadi (dalam hati Alhamdulillah).

“Sampai sampai je terus masuk ICU dan saya kena tunggu di luar. Masa sampai dalam pukul 6.10 petang. Tunggu punya tunggu, ada beberapa doktor keluar dan bagitau ada sesiapa yang positif Covid-19 ke kat rumah?

Menurutnya, dia menyatakan kepada doktor tiada dan mereka juga telah membuat ujian tiga ke empat hari berturut-turut namun negatif.

Ujar Aainaa lagi, doktor memaklumkan telah membuat ujian calitan untuk bayi dan bayi didapati positif.

“Untuk makluman baby tak ada simptom langsung, tak ada demam, takda batuk, tak ada selsema, semua sakit tak ada, elok sihat dan ceria. Dalam pukul 6.47 petang ada seorang doktor keluar lagi panggil saya dan cakap baby dah meninggal.

“Seorang (mereka) cuba selamatkan, dah pelbagai cara tapi tak boleh juga… Menangis terduduk kat ICU tu,” kongsinya.

Menurutnya, bayinya itu dikebumikan pada keesokan harinya 13 April disebabkan banyak prosidur untuk pesakit Covid-19 meninggal dunia.

“…Tapi paling sedih, pagi sebelum pergi ke hospital kami satu keluarga pergi klinik buat test (ujian calitan). Saya dengan anak sulong positif Covid-19 juga,” kongsinya.

Menurutnya, anaknya itu pergi dalam keadaan yang sangat tenang.

“Terima kasih Allah sebab permudahkan urusan Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Sayangnya Allah dengan bidadari kecil ini tanpa dosa ibarat kain putih pulang ke negeri abadi.

“Berbahagialah sayang dengan kawan-kawan awak. Tunggu mama, papa dan abang Aidan di pintu syurga ya. Kita terpisah sementara di dunia. Di akhirat insya-Allah kita bersama selamanya,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan