25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Malaysia kutuk serangan Israel di Masjid Al-Aqsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat sehingga menyebabkan ratusan mangsa cedera.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadap, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera rejim Israel yang telah menyerang penganut Islam Palestin termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa semalam.

“Perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan tersebut amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia dan ketika umat Islam Palestin sedang berpuasa dan menunaikan ibadah di dalam bulan Ramadan.

“Tentera rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan tersebut merupakan satu tindakan yang kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra hari ini.

Baca juga:   Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah kepada Anwar

Sehubungan itu, kata Saifuddin, Malaysia akan terus konsisten dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Palestin.

Serangan rejim Zionis itu mencederakan kira-kira 150 rakyat Palestin dan ratusan lagi ditahan selepas Masjid Al-Aqsa sekali lagi diserang pada Jumaat.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

PAU ditangguh ke tarikh baharu, 11 hingga 14 Januari 2023

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini ditangguh kepada 11 hingga 14 Januari tahun depan. Setiausaha...

Lagi Artikel Berkaitan