30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ibu negara Nusantara: Sempadan dua negara akan dibangunkan

Mesti Baca

MALAYSIA dan Indonesia bersetuju mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan di kedua-dua negara susulan pembukaan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persetujuan itu dicapai menerusi pertemuan empat mata bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua pemimpin juga bersetuju agar pembangunan di kawasan sempadan kedua-dua negara iaitu di Kalimantan Timur dan Sarawak diperhebatkan.

“Saya berterima kasih kerana Bapa Presiden bersetuju untuk kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Joko Widodo hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau berterima kasiah kepada Presiden Jokowi kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun.

Katanya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia tetapi juga selatan
Thailand, Melayu Champa di Kemboja, selatan Filipina selain Brunei dan Singapura.

“Kita bersetuju di setiap persidangan antarabangsa Bapa Presiden dan saya akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

Advertisements

“Kita bersetuju jika kita bersama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu ini mungkin satu hari nanti boleh dijadikan sebagai Bahasa ASEAN,” kata Perdana Menteri.

Dalam pertemuan itu juga, Ismail Sabri memaklumkan bahawa Malaysia akan memulakan Fasa Peralihan ke Endemik dan membuka semula sempadan dengan sepenuhnya kepada semua negara, termasuk Indonesia.

Beliau berkata, mulai hari ini, semua pengembara luar yang telah menerima vaksinasi lengkap tidak lagi perlu menjalani
sebarang kuarantin di Malaysia tetapi hanya perlu membuat ujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas (RT-PCR) dan selepas ketibaan (RTK-Antigen).

“Kami turut berbincang mengenai harga minyak kelapa sawit memandangkan kedua-dua negara adalah pengeksport utama minyak sawit.

“Malaysia dan Indonesia bersetuju harga minyak kelapa sawit patut ditentukan bersama Malaysia dan Indonesia dan tidak bersaing dari segi penetapan harga,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara yang menguasai keseluruhan dari segi eksport minyak kelapa sawit dunia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Presiden Jokowi juga bersetuju untuk mempercepatkan pelantikan Duta Besar Malaysia di Indonesia.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan