25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Usul pelanjutan SOSMA dibentang sebelum 31 Julai – Hamzah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mencadangkan agar usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dibentangkan dan diputuskan dalam sidang Dewan Rakyat sebelum 31 Julai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan usul berkenaan akan dibincangkan semula bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menentukan cara pelaksanaannya.

Menurutnya, KDN juga akan mencadangkan Sidang Khas Dewan Negara diadakan sebelum 31 Julai iaitu tarikh akhir tamat tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) nanti, bagi membincangkan usul pelanjutan itu selepas ia dibawa semula ke Dewan Rakyat.

“Saya akan bawa kepada Yang Dipertua dengan segera, malah saya ada bercakap dengannya (Yang Dipertua).

“Ada beberapa isu yang kita perlu tengok bagi membolehkan dibawa ke Parlimen akan datang,” katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan SOSMA di Putrajaya, hari ini.

Baca juga:   Statistik penjawat awam enggan vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Dalam pada itu, Hamzah menjelaskan, pelanjutan subseksyen tersebut adalah memberi instrumen siasatan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahanan mengikut SOSMA.

“Kalau tak ada subseksyen ini, jadi apa instrumen yang ada PDRM? Mereka tangkap melalui akta itu tetapi instrumen tidak ada dan sebab itu kita perlu lanjutan untuk beri kepada PDRM,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, pengenalan klausa had tempoh (sunset clause) dalam SOSMA memberi ruang kepada kerajaan menilai semula peruntukan dalam Subseksyen 4(5) akta itu setiap lima tahun sekali mengikut keperluan semasa.

Baca juga:   Rebat RM500 pembelian barangan elektrik untuk mangsa banjir

Pada 23 Mac lalu, usul kerajaan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Subseksyen 4(5) SOSMA 2012 bagi tempoh lima tahun lagi gagal melepasi undi belah bahagi di Dewan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas sesi undian itu berakhir.

Menerusi undian tersebut, usul yang dikemukakan hanya mendapat 84 undi bersetuju, manakala seramai 86 lagi Ahli Parlimen tidak bersetuju manakala, seramai 50 Ahli Parlimen lain pula tidak hadir semasa undian tersebut dijalankan. -EDISI9

Wartawan

Terkini

Ismail Sabri nafi perbelanjaan tidak direkod

AHLI Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud perbelanjaan tidak direkod dalam kerajaan ketika beliau memegang jawatan...

Lagi Artikel Berkaitan