26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 2, 2022

Program Subsidi Upah: Kerajaan salur lebih RM20 bilion

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyalurkan sebanyak RM20.63 bilion kepada 357,618 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) setakat 18 Mac lalu untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu juga bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Menurut beliau, melalui PSU 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan mencecah RM12.958 bilion setakat 18 Mac lalu.

“Di bawah PSU 2.0, sejumlah RM1.407 bilion lagi disalurkan kepada 81,132 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian seramai 718,195 pekerja.

“Bagi PSU 3.0 setakat 18 Mac, 2022, sebanyak RM3.728 bilion disalurkan kepada 162,255 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1,525,987 pekerja.

Baca juga:   239 mangsa banjir dipindahkan di Kedah

“Malah, PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA+,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat yang dikeluarkan, hari ini.

Ujar Tengku Zafrul lagi, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion, yang dijangka memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja.

Menurut beliau, bagi tempoh setakat 18 Mac lalu, sebanyak RM2.465 bilion disalurkan kepada 159,326 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1,874,512 pekerja.

Baca juga:   Tiada unsur aniaya, kompaun pelajar KMP boleh dikurang - Exco

“Bagi PSU 5.0, sebanyak RM71.995 juta disalurkan kepada 3,681 majikan setakat 18 Mac 2022 bagi membolehkan mereka terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 61,772 pekerja,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pengumuman barisan Kabinet ditangguh 8.15 malam

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada di Pejabat Perdana Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan