26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kenderaan Singapura dikecualikan caj perjalanan sehingga 7 April

Bagi membolehkan mereka memasang sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) untuk tujuan bayaran caj perjalanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KENDERAAN persendirian dari Singapura dikecualikan caj perjalanan sehingga 7 April ini, bagi memiliki dan memasang sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) untuk tujuan bayaran caj perjalanan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya memberi masa sehingga 7 April depan untuk mereka memasuki Malaysia tanpa sebarang caj perjalanan, namun bermula 8 April mereka perlu mendapatkan RFID.

“Jika tidak mereka akan dikenakan tindakan atau tidak dibenarkan masuk,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-76 di Dewan Muafakat Ayer Hitam, Johor hari ini, lapor BH.

Beliau berkata, pihaknya memahami pemasangan RFID tidak dapat dilakukan kerana sempadan Malaysia-Singapura tidak dibuka.

“Saya berharap dalam tempoh tujuh hari ini mereka dapat ambil peluang untuk memasangnya,” katanya

Menurutnya, MOT telah menerima sebanyak 191,293 permohonan kemasukan kenderaan persendirian dari Singapura susulan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura yang bermula, hari ini.

“Bagaimanapun, hanya 65,000 kenderaan mendapat kebenaran masuk selepas pengguna memiliki dan memasang sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) untuk tujuan bayaran caj perjalanan.

“Namun begitu, MOT memberikan kelonggaran membenarkan kenderaan tanpa RFID memasuki negara selama tujuh hari bermula hari ini.

Ujar beliau, bagi memastikan kelancaran proses keluar masuk kenderaan dari Singapura ke negara ini, MOT menugaskan 2,700 pegawai dan anggota JPJ di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan