25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Malaysia, Indonesia setuju guna saluran tunggal ambil ‘bibik’

Bagi memastikan hanya majikan yang benar-benar layak dapat menggajikan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) - Perdana Menteri

Mesti Baca

MALAYSIA dan Indonesia hari ini bersetuju untuk melaksanakan sistem saluran tunggal (One Channel System) bagi memastikan hanya majikan yang layak dapat menggajikan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) atau pembantu rumah warganegara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu antara yang termaktub di dalam MoU tersebut sebagai usaha untuk memberikan perlindungan kepada golongan tersebut.

Menurut beliau, Malaysia juga akan melaksanakan beberapa inisiatif lain bagi menjaga kebajian pekerja domestik daripada sudut perlindungan sosial, sesuai dengan ratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang telah ditandatangani sebelum ini.

Ini termasuk melaksanakan caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), jaminan bayaran gaji melalui eWages iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ketujuh setiap bulan serta memberikan rehat selama sehari pada setiap minggu.

Ismail Sabri Yaakob dan Joko Widodo menyaksikan majlis tandatangan MoU antara M. Saravanan dan Ida Fauziyah di Jakarta, hari ini.

“MoU ini akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI akan dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.

Baca juga:   Muhyiddin doakan Ismail Sabri galas amanah sebaik mungkin

“Pemeteraian MoU ini juga akan merintis kepada kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia (TKI) untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan di Malaysia.

“Sebagai negara tetangga, Malaysia sentiasa menghargai dan mengalualukan sumbangan pekerja migran Indonesia terhadap pembangunan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media bersama Presiden Joko Widodo selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut di Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia hari ini.

Baca juga:   PH calonkan, bukan saya beria-ia mahu jadi PM - Anwar

MoU itu ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah.

Ismail Sabri berkata, pemeteraian MoU itu merupakan satu detik yang besar dan penting kerana ianya merupakan komitmen
berterusan kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk memberi manfaat besar serta berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau berkata, MoU tersebut telah melalui beberapa siri perbincangan sebelum ini, dan bersyukur kerana perkara itu berjaya diselesaikan menjelang bulan Ramadan yang mulia. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan