25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

SPAN serbu ladang khinzir curi air secara haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu sebuah ladang ternakan khinzir di Tanjung Sepat, Selangor kerana dipercayai telah membuat sambungan air secara haram tanpa melalui meter bekalan air yang sah untuk kegunaan di ladang berkenaan.

SPAN menerusi satu kenyataannya memaklumkan, sambungan menggunakan paip HDPE berukuran 32 milimeter (mm) itu dikesan menerusi operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasaan SPAN bersama Air Selangor.

Menurut SPAN, Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan sebelum tindakan pemotongan bekalan air yang diperoleh secara tidak sah itu diambil dengan serta-merta.

“Selain itu, tindakan pengalihan kedudukan meter juga telah dilaksanakan oleh Air Selangor bagi mengelakkan aktiviti penyambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang ini berulang,” kata kenyataan itu lapor Sinar Harian.

SPAN berkata, operasi penguatkuasaan itu isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak disyaki membuat sambungan bekalan air menyalahi undang-undang.

Baca juga:   Tolonglah bayar cukai tertunggak, rayu Che'gu Bard kepada Najib

“Kes ini disiasat di bawah peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk memaklumkan kepada operator air anda sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan yang anda syaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan bekalan air secara tidak sah,”katanya.

Baca juga:   Tolonglah bayar cukai tertunggak, rayu Che'gu Bard kepada Najib

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan