31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

57 tan kurma hadiah dari Riyadh untuk rakyat Malaysia – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 57 tan kurma dibawa khas dari Riyadh untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Perdana Menteri, hari kedua Ramadan yang penuh keberkatan, beliau telah menerima al-Quran dan kurma, hadiah daripada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di pejabat di Putrajaya.

“Sumbangan disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

“Sebanyak 57 tan kurma dibawa khas dari Riyadh untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia,” kongsinya.

Ujar beliau lagi, selain pengagihan kurma, baginda juga bakal menyumbang lebih 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

“Saya menganggap hadiah terjemahan al-Quran ke dalam Bahasa Melayu ini tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi yang sangat istimewa terutama dalam hasrat Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta kerajaan Arab Saudi atas hadiah yang diberikan,” katanya.

Malah Perdana Menteri turut berharap agar ikatan diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan