32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Ahli UMNO masih pertahan Bersatu diminta nilai sikap Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kepada semua ahli UMNO yang masih mempertahankan kerjasama dengan Bersatu diminta menilai tindak tanduk terkini presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terdesak menjadi perdana menteri (PM) semula.

Ahmad Zahid berkata, biarpun UMNO ini tidak sempurna namun tidaklah terdesak, menjual prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menebus malu dan menggenggam kuasa.

“Kepada mana-mana pihak dalam UMNO yang masih mahu bekerjasama, mempercayai dan mempertahankan Bersatu, mereka harus menilai sendiri segala tindak tanduk politik dan tabiat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang begitu terdesak mahu kembali jadi PM.

“Mahukah kita terus bekerjasama dengan parti sedemikian?,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Pejuang Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendedahkan dalam perjumpaannya dengan Muhyiddin baru-baru ini, Pengerusi PN itu memohon sokongan untuk kembali menjadi PM.

Menurutnya, pertemuan tersebut telah membongkar niat sebenar Muhyiddin yang mahu menjalinkan kerjasama dengan Pejuang dan parti-parti lain yang menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Selain Dr. Mahathir media turut melaporkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghubungi Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Kita fikir mereka berdiri atas ideologi. Rupa-rupanya semua demi kepentingan peribadi.  Presiden Bersatu juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan presiden PKR  baru-baru ini walaupun tidak ada butiran lanjut.

“Begitu juga Shafei Apdal mengakui beliau dihubungi oleh Pengerusi PN yang dipercayai berkaitan dengan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan dalam pilihan raya umum pada masa akan datang.

“Namun Shafei dilaporkan sudah memberikan kata putus menolak permintaan tersebut selepas pengkhianatannya dalam PH,” kata beliau.

Jumaat lalu, Mahathir memberitahu, Muhyiddin menemuinya untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri.- Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan