Friday, June 12, 2026

Zahid ajak anak muda sertai UMNO secara dalam talian

Beliau memberi jaminan, proses pendaftaran keahlian parti secara dalam talian itu akan lebih mudah dan pantas serta tidak melalui proses birokrasi yang rumit.

Mesti Baca

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak anak-anak muda menyertai parti itu dengan mendaftar secara dalam talian yang mula dibuka mulai hari ini.

Beliau memberi jaminan, proses pendaftaran keahlian parti secara dalam talian itu akan lebih mudah dan pantas serta tidak melalui proses birokrasi yang rumit.

“Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan

We want you. Kita mahukan anda. Kerana UMNO adalah milik kita semua. Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa. Dulu, Kini dan Selamanya,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

UMNO yang kini mempunyai ahli kira-kira 3.5 juta dan merupakan parti politik terbesar di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh bersyukur kerana akhirnya, parti itu membenarkan pendaftaran keahlian secara dalam talian.

“Kalau dahulu nak jadi ahli UMNO macam-macam cabaran. Kena hantar borang secara fizikal dan belum tentu lagi diluluskan oleh cawangan ataupun bahagian 

“Kini jauh lebih mudah, hanya di hujung jari sahaja untuk jadi ahli UMNO. Jadi apa lagi, jom!,” katanya menerusi Facebook beliau.

Beliau turut berterima kasih kepada Ahmad Zahid kerana melakukan perubahan yang sangat dinanti-nantikan itu.

“Kalau kita nak buat perubahan, kita perlu masuk dan buat perubahan dari dalam. Jom jadi orang UMNO!,” katanya.

Mulai hari ini, orang ramai boleh mendaftar sebagai ahli UMNO menerusi pautan http://myumno.org dengan hanya memuat naik MyKad masing-masing. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan