30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

12,380 kes baharu catat penurunan semalam, atasi kes sembuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 dengan merekodkan sebanyak 12,380 kes baharu semalam.

Dalam masa sama, sebanyak 20,635 kes sembuh dilaporkan sekali gus melepasi jangkitan baharu COVID-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 4,018,421 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 12,295 kes (99.31 peratus) adalah dari kategori satu dan dua, manakala 88 (0.69 peratus) kes adalah dalam kategori tiga, empat, dan lima.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 11,918 kes adalah jangkitan tempatan, manakala 462 kes adalah kes import.

Advertisements

“Sebanyak 253 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 157 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.Jumlah kes sembuh pula adalah 20,635 kes.

“Semalam tiada kluster baharu direkodkan, namun 181 kluster masih aktif.

“Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.85, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.05,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 30 kematian direkodkan menjadikan sebanyak 35,099 kes, manakala 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah terkini BID sebanyak 7,408 kes.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan