30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lebih 800,000 warga emas belum dapatkan dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Sehubungan dengan itu, menerusi ciapan dalam twitternya, beliau menggesa agar golongan tersebut segera mendapatkan suntikan pelali berkenaan.

Beliau berkata, kes kematian akibat COVID-19 yang direkodkan ketika ini banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutamanya yang belum menerima suntikan penggalak.

“864,450 warga emas (>60) masih belum menerima booster. Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut, terutama yang belum boosted.

“Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita.Get them boosted,” katanya.

Berdasarkan data yang dikongsi Khairy, jelas menunjukkan sejak lima minggu lepas kadar kematian dalam kalangan warga emas berusia 80 tahun ke atas mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding kumpulan usia lain.

Pada masa sama, beliau turut memberi mengingatkan orang awam agar terus kekal waspada dalam fasa peralihan ke endemik.

“Alhamdulillah masjid mula penuh untuk solat berjemaah. Terus pakai pelitup muka dengan cara yang betul. Masking properly (especially indoors) w/ good ventilation will be crucial in us managing COVID-19,” ujarnya.

Bermula 1 April lalu, negara beralih ke fasa peralihan endemik selepas lebih dua tahun hidup dalam suasana pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.

Fasa peralihan ke endemik menyaksikan pelbagai kelonggaran diberikan, termasuk pelaksanaan tanpa penjarakan fizikal aktiviti solat berjemaah di masjid serta surau juga upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam.

Selain itu juga, premis perniagaan dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing seperti biasa mengikut syarat lesen operasi premis apabila had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan