25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Wanita ‘joli’ ATM tercicir, ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang wanita yang sempat ‘berjoli’ menggunakan kad ATM yang ditemui, menerima padah apabila ditahan polis dalam kejadian yang berlaku di Keningau, semalam.

Wanita berusia 33 tahun itu ditahan selepas didapati membelanjakan sebanyak RM1,365 daripada akaun pemilik kad terbabit di beberapa pasar raya serta stesen minyak di sekitar daerah Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, mangsa membuat laporan kehilangan kad ATM Bank CIMB miliknya yang dipercayai tercicir semasa berada di Keningau.

“Hasil semakan melalui aplikasi ‘CIMB Clicks’ mendapati wang didalam akaun mangsa berkurangan dan terdapat beberapa transaksi pembelian dibuat secara ‘Pay Wave’.

Advertisements

“Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil berjaya menahan seorang wanita tempatan.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mahu membeli barangan keperluan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Kosmo!.

Katanya, siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Nor Rafidah turut menasihatkan orang awam yang tercicir kad ATM agar segera melaporkan kepada pihak bank bagi memastikan ia tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan