24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Imran Khan disingkir daripada jawatan Perdana Menteri Pakistan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Pakistan, Imran Khan secara rasminya telah disingkirkan daripada jawatan tersebut beberapa jam selepas Perhimpunan Kebangsaan atau parlimen negara itu dibubarkan, lapor laman berita Wionews, semalam.

Menurut kenyataan Setiausaha Kabinet, penyingkiran itu adalah tertakluk kepada akta yang telah termaktub dalam undang-undang negara.

“Berikutan pembubaran Perhimpunan Kebangsaan Pakistan oleh Presiden dari segi Perkara 58(1) dibaca bersama Perkara 48(1) perlembagaan Republik Islam Pakistan vide Kementerian Hal Ehwal Parlimen, bertarikh 3 April 2022, Imran Ahmed Khan Niazi tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri Pakistan, berkuat kuasa serta-merta,” kata kenyataan itu.

Penyingkiran tersebut juga bermaksud bahawa kerajaan sementara atau penjaga sepatutnya menguruskan hal ehwal harian kerajaan, lapor Kosmo! yang memetik Wionews.

Bagaimanapun, laporan media tempatan mendakwa tiada perdana menteri interim yang  dilantik setakat ini.

Advertisements

Di bawah konvensyen perlembagaan, ketua pembangkang di Dewan Negara biasanya dilantik sebagai perdana menteri interim tetapi beliau tidak lagi memegang jawatan kerana pembubaran dewan rakyat.

Di bawah Perkara 224 Perlembagaan Pakistan, sebaik pemberitahuan dikeluarkan, Imran Khan boleh meneruskan jawatan perdana menteri selama 15 hari sehingga pelantikan perdana menteri interim.

Walaupun Imran Khan terus menjadi perdana menteri selama 15 hari, dia tidak boleh mengambil keputusan yang sepatutnya diambil oleh ketua kerajaan yang dilantik.

Namun begitu, ada laporan yang mencadangkan bahawa Khan telah diberi kebenaran secara tidak rasmi oleh presiden untuk meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri.- Agensi

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan