32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Tol 4 lebuh raya kekal, kerajaan jimat RM4.3 bilion subsidi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR tol empat lebuh raya di Lembah Klang kekal hingga tamat tempoh konsesi sekali gus memberikan penjimatan pembayaran subsidi tol sebanyak RM4.3 bilion.

Empat tol berkenaan membabitkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan itu dibuat selepas kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya itu.

Katanya, setelah penelitian terperinci daripada semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan Perjanjian Konsesi serta beban kewangan kerajaan, kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya.

“Kesas Sdn Bhd yang menguruskan KESAS, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan SMART, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan SPRINT dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan LDP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata melalui penstrukturan itu, kadar tol tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi serta akan dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi.

Beliau berkata, penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya terbabit adalah dianggarkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion.

“Ini usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

“Penjimatan ini boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri berkata penstrukturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturan semula ini akan dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan