24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemandu Singapura isi RON95: Dah ‘sound setepek’ tapi…

Mesti Baca

TINDAKAN seorang pemandu kenderaan dari negara jiran yang degil yang tetap mengisi petrol RON95 bersubsidi dikesali warga tempatan.

Menurut pemilik akaun Facebook Ika Atikah, pemandu kereta plat pendaftaran Singapura itu sedikit pun tidak mengendahkan pesanan petugas agar mengisi minyak RON97 kerana RON95 hanya khusus untuk kenderaan tempatan.

“Bro hijau je boleh, kuning tu untuk kita orang (kenderaan tempatan)…dah sound setepek tadi tapi dia buat muka langsi.

“Dia cari pump belakang, jadi orang tak perasan. Time peak hour, ramai orang dan mostly yang tengah isi minyak ialah plate SG, staf memang tak perasan,” keluh Ika Atikah dalam Facebooknya semalam.

Dia berkata, kejadian berlaku di sebuah stesen petrol di Pandan, Johor Bahru.

Advertisements

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan untuk pemantauan lebih agresif dijalankan di semua stesen minyak, terutama berdekatan sempadan negara.

Beliau menegaskan, langkah berkenaan bagi mengelakkan ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Malahan beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pengusaha stesen minyak tempatan yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing bakal berdepan tindakan tegas.

Sebelum itu, tersebar dalam media sosial beberapa pemandu kenderaan asing mengisi petrol RON95 sejak pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lalu.

Kerajaan menetapkan harga RON 95 kepada RM2.05 dan diesel pada harga RM2.15 seliter manakala bagi RON 97 pula mengikut harga pasaran semasa pada masa kini harganya adalah RM3.91 sen seliter. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan