25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

Menteri arah pemantauan agresif stesen minyak sempadan negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan untuk pemantauan lebih agresif dijalankan di semua stesen minyak, terutama berdekatan sempadan negara.

Ujar beliau, langkah berkenaan adalah bagi mengelakkan ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Malah menurutnya, mana-mana pengusaha stesen minyak tempatan yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing akan berdepan tindakan tegas.

“Siasatan telah dijalankan. Saya juga mengarahkan pemantauan lebih agresif dijalankan di semua stesen minyak, terutama berdekatan sempadan negara bagi mengelakkan ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

“Aktiviti penguatkuasaan yang lebih agresif juga akan dilaksanakan dengan pelancaran Ops Pantau 2022 hari ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Alexander berkata, pihaknya mengarahkan supaya syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura supaya mematuhi larangan penjualan Petrol RON 95 kepada kenderaan pendaftaran asing.

Baca juga:   12 pihak dikompaun RM50,000 naikkan harga ayam

Menurutnya, KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan Thailand juga diarahkan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 ).

“Individu yang melanggar akta itu boleh didenda RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun (atau kedua-dua sekali) manakala syarikat yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

Baca juga:   Gambar nenek tersenyum dalam dakapan bomba sentuh emosi

“Orang ramai digalakkan melaporkan kepada KPDNHEP jika terdapat aktiviti penyelewengan penjualan minyak bersubsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai sebuah kenderaan bernombor plat pendaftaran Singapura yang dikatakan mengisi minyak petrol menggunakan nozel berwarna kuning yang disyaki minyak Petrol RON 95 di sebuah stesen minyak di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sekiranya warga asing mengisi kira-kira 40 liter RON95, Kerajaan bakal berhadapan dengan kerugian sebanyak RM68 dan berlaku pengaliran wang rakyat kepada warga asing.-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bayi tak sedarkan diri di pusat asuhan disahkan meninggal dunia

SEORANG bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di pusat asuhan di Seksyen...

Lagi Artikel Berkaitan