25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Tuntutan faedah kes Covid-19 bawah Penyakit Khidmat – Perkeso

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BERMULA 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes Covid-19 di bawah kategori Penyakit Khidmat.

Perkeso dalam kenyataan memaklumkan, selain Covid-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus).

Menurut kenyataan berkenaan, sekiranya Orang Berinsurans (OB) Perkeso ingin membuat tuntutan faedah bagi kes Covid-19, tuntutan tersebut masih layak dipertimbangkan, namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi, dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

“Permohonan tersebut akan diproses sebagai Penyakit Khidmat dan OB yang layak, akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Pencen Penakat, Pencen Ilat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM), mengikut kelayakan masing-masing.

“Bagi permohonan tuntutan faedah oleh OB yang disahkan positif Covid-19 sebelum 1 April, proses tuntutan tersebut akan diproses sebagai Bencana Kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, sehingga 26 Mac lalu, Perkeso menerima 132,988 kes tuntutan faedah Covid-19, yang merangkumi pekerja tempatan dan asing.

Daripada jumlah tersebut, lebih RM133 juta telah dibayar kepada OB sejak pemberian faedah mula dilaksanakan pada 24 Februari 2021.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan