30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis rampas jus minuman mengandungi Meth di pusat hiburan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

JSJN dalam satu hantaran di Facebook berkata, seramai 38 orang termasuk enam GRO yang sedang berhibur di premis terbabit telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut 33 orang telah ditahan.

Menurutnya, dari jumlah tersebut enam pembekal dadah turut ditahan.

“Polis juga berjaya merampas 1620 mililiter jus minuman yang mengandungi bahan disyaki cecair Methamphetamine, 133 peket plastik yang berisi bahan disyaki dadah MDMA seberat 2069 gram dan satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methampehtamine seberat 31 gram.

Advertisements

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah ni adalah berjumlah RM43,750,” katanya hari ini.

JSJN turut memaklumkan enam wanita warganegara asing ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 55B/39b Akta Imigresen 1959/63 manakala 27 orang lagi ditahan di bawah Sek. 15(1) (a) ADB 1952.

“JSJN menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlakh di sekeliling anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan