25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

DBKL gempur penjaja etnik Rohingya pula di Selayang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN penguatkuasaan terhadap aktiviti peniaga warga asing di ibu negara diteruskan lagi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan menggempur lokasi penjaja etnik Rohingya pula di Selayang.

DBKL berkata, tindakan tersebut dilaksanakan di sekitar luar Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang Baru, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin.

Menurutnya, menerusi rondaan mengejut dari pegawai dan anggota penguatkuasa di Pasar Harian Selayang pada pukul 4.00 pagi tadi, 6 tindakan sita dan pindah barangan telah dilakukan terhadap penjaja sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijalankan oleh warga negara Myanmar pemegang kad pelarian UNCHR (United Nations High Commissioner for Refugees).

“Pemegang Kad UNCHR adalah dilarang sama sekali menjalankan atau bertindak sebagai peniaga ataupun pemilik kepada sebarang aktiviti penjajaan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Ujar DBKL lagi, tindakan penguatkuasaan dilakukan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Menurutnya, hasil dari temubual dan pemerhatian, pelanggan tetap yang hadir membeli barangan (sayuran) yang dijual kumpulan dari Etnik Rohinya ini adalah merupakan sebahagiannya dari pengusaha-pengusaha kedai runcit, kedai makanan, restoran dan gerai warung (tomyam /seafood) milik warga tempatan yang hadir dari dalam Kuala Lumpur dan sekitar negeri Selangor.

“Barangan yang disita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan