26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Permohonan kemasukan ke UA, politeknik dibuka 7 Februari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) membuka permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi bermula 7 Februari hingga 28 Mac depan.

KPT dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti selain empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Menurutnya, permohonan boleh dibuat menerusi UPUOnline bermula 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 bagi permohonan Fasa Pertama manakala 15 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 bagi permohonan Fasa Kedua

“Permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama.

“Manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua,” katanya hari ini.

Advertisements

KPT berkata, pihaknya juga menanggung sepenuhnya kos RM15.00 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID bagi meringankan beban rakyat.

“Dijangkakan lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif itu yang membawa implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta.

“Semua calon berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

“Sebanyak 471 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,088 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM dan setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan