32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Banjir Pahang: 6 PPS dibuka, 1310 mangsa dicatatkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat berterusan dari malam tadi menyebabkan 6 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuantan, Pahang setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan sebanyak 1,310 mangsa banjir dicatatkan membabitkan 342 Ketua Isi Rumah (KIR).

Enam PPS yang kesemuanya di daerah Kuantan itu ialah PPS Dewan Dato Manan menempatkan 560 mangsa; Dewan Orang Ramai Jaya Gading (30); Dewan Orang Ramai Sri Mahkota (143); Dewan Orang Ramai Taman TAS (220); dan Wisma Belia (342).

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di daerah Kuantan dan Rompin, yang diramal boleh berlaku hari ini jika hujan yang signifikan terus berlaku di Pahang.

Bagi Kuantan, lokasi dijangka banjir melibatkan lembangan Sungai Kuantan iaitu Kampung Batu 6, Kampung Sungai Caru, Kampung Panching, Kampung Pasir Kemudi dan kawasan sekitar.

Baca juga:   JPS ramal banjir di Terengganu dan Kelantan bermula esok

Di Rompin pula, kawasan diramal banjir ialah Kampung Perwira Jaya, Felda Selancar dan kawasan sekitarnya yang melibatkan lembangan Sungai Rompin.

“Banjir dijangka bermula pada 12.30 tengah hari 6 Februari. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JPS menyatakan amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

Baca juga:   Banjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam tempoh 24 jam

Orang ramai juga boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut berkaitan banjir.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan