Sunday, June 14, 2026

Amaran banjir kilat di lima bahagian di Sarawak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengajiran dan Saliran (JPS) hari ini mengeluarkan amaran kesiapsiagaan kemungkinan banjir dalam tempoh 12 jam di beberapa bahagian di Sarawak.

Menerusi kenyataan JPS memaklumkan, terdapat lima bahagian di Sarawak yang berisiko mengalami banjir kilat seperti Betong, Kuching, Samarahan dan Serian.

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” katanya.

Antara kampung yang berisiko di bahagian Betong adalah Kampung Debak Laut, Kampung Lalang, Kampung Dit, Kampung Babu, Kampung Pusa, Kampung Beladin dan kawasan sekitarnya.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Julau dekat Kuching yang merupakan PPS terakhir di Sarawak ditutup sepenuhnya pada 2 petang semalam.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, penutupan dibuat selepas 14 orang daripada lima keluarga mangsa yang ditempatkan di PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan