31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

2,935 kes baharu, rekod penurunan semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan baharu COVID-19 merekodkan penurunan semalam dengan sebanyak 2,935 kes dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,443,318 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak sembilan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 7,585 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,354,006 kes.

Selangor merekodkan kes baharu harian tertinggi dengan 1,215 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (462 kes) dan Pulau Pinang (224 kes).

Lain-lain, Negeri Sembilan (193 kes), Perak (193 kes), Johor (122 kes) dan Melaka (108 kes).

Advertisements

Seterusnya, Kedah (98 kes), Sarawak (97 kes), Pahang (74 kes), Putrajaya (56 kes), Sabah (36 kes), Terengganu (35 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (dua kes).

Dalam masa sama, sebanyak 10 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,536 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,521 kes.

Sebanyak 53,776 kes aktif dilaporkan melibatkan 52,261 kes dikuarantin di rumah, 46 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 1,385 kes di hospital, 28 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 56 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan