34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

13 pelajar ditahan telah dibebas jaminan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA 13 pelajar yang ditahan untuk membantu siasatan susulan kes pergaduhan dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata semua pelajar terbabit dibebaskan selepas rakaman percakapan ke atas mereka selesai dilakukan pihaknya.

“Rakaman percakapan sudah selesai dan pagi ini, mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya lapor BH Online.

Semalam, tular video berdurasi 25 saat memaparkan tindakan sekumpulan pelajar mengepung seorang pelajar lain dan beramai-ramai menumbuk, menendang serta menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya.

Malah mangsa yang terbaring di lantai turut dihentak dengan meja oleh salah seorang pelajar terbabit dalam kejadian berlaku kelmarin itu.

Berikutan itu, 13 pelajar ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Difahamkan, 12 daripada mereka ditahan polis jam 12.30 tengah hari semalam, disusuli penahanan seorang lagi jam 3 petang hari sama.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan