28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

12,017 kes baharu, meningkat sedikit berbanding kelmarin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH Jangkitan COVID-19 semalam merekodkan sedikit peningkatan dengan sebanyak 12,017 kes, berbanding 10,002 jangkitan kelmarin.

Dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,268,486 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 59 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,448 kes), Kuala Lumpur (756 kes), Johor (560 kes), Pulau Pinang (457 kes), Kedah (456 kes), Negeri Sembilan (440 kes), Sarawak (406 kes), Perak (377 kes), Pahang (252 kes) dan Terengganu (247 kes).

“Seterusnya, Sabah (198 kes), Melaka (163 kes), Kelantan (155 kes), Putrajaya (38 kes), Perlis (33 kes) dan Labuan (31 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Sebanyak 20,431 kes sembuh turut dilaporkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 4,062,154 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 sejak Januari 2020.

Dalam pada itu, sebanyak 43 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,160 kes serta sebanyak 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,425 kes.

Sebanyak 171,172 kes aktif dilaporkan melibatkan 167,130 kes dikuarantin di rumah, 385 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,423 kes di hospital, 103 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 131 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan