28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dua maut, kereta terbabas di KM29 Jalan Seremban-Kuala Pilah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 29, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi itu telah mengorbankan kedua-dua mangsa yang dikenali, Nur Amylia Shahira Hamidi, 24, dan Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa, Nur Amylia Shahira yang beralamat di Kampung Pelangai, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lagi pemandu, Mohamad Kamil Ahmad yang beralamat di Taman Wira Jaya, Kuala Pilah, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kereta iaitu Perodua Kancil yang dipandu Amylia dan kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu Mohamad Kamil.

“Sebelum kejadian, Amylia yang bekerja sebagai Pengurus Pizza Hut dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah, namun apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Kenari yang sedang bergerak dari arah Kuala Pilah menghala ke Terachi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu kereta Produa Kancil telah meninggal dunia di tempat kejadian susulan mengalami kecederaan pelbagai.

“Manakala pemandu kereta Perodua Kenari pula meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Kuala Pilah susulan mengalami kecederaan pelbagai.

“Mayat telahpun di hantar ke Unit Perubatan Forensik HTAN untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,”katanya.

Ujar beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan