29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kemaruk seks, pelajar 18 tahun lesap RM10,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANGKARA inginkan perkhidmatan seks, seorang pelajar kolej berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM10,000 ‘licin’ selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan tersebut dalam laman sosial Twitter, Sabtu lalu. 

Mangsa, berusia 18 tahun dikatakan telah ditipu selepas tertarik dengan pakej perkhidmatan seks selama dua jam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Deputi Superintenden Azmi Aziz berkata, hasil siasatan, mangsa ternampak iklan tersebut di laman sosial Twitter dan menekan pautan untuk terus berhubung di akaun Telegram menggunakan nama @Xiaoai18.

“Mangsa kemudian ditawarkan pakej perkhidmatan seks pada harga RM300 untuk tempoh dua jam.

“Suspek memberitahu, bayaran perkhidmatan itu bagaimanapun perlu dibuat melalui tambah nilai kredit virtual Razer Gold ,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan Online.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kemudian diminta untuk menunggu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam pada hari sama, kira-kira pukul 1 petang.

“Seorang lelaki telah menghubungi mangsa memintanya membuat bayaran deposit tambahan sebagai cagaran supaya wanita terlibat tidak dicederakan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah membuat lima kali transaksi berjumlah keseluruhan RM10,000 ke dalam akaun diberikan suspek,” jelasnya.

Azmi berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas dia tidak dihubungi oleh wanita tersebut dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru pada Sabtu lalu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan