24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO sentiasa ambil kira suara akar umbi, guna saluran betul

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO sentiasa mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat dalam membuat sebarang keputusan, kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Jumaitul Laily Zakiah.

Justeru, menurut beliau, jika ada sebarang pandangan misalnya mahukan Parlimen dibubarkan, mereka perlukan menggunakan saluran yang betul, misal melalui Perhimpunan Agong UMNO 2021 yang akan berlangsung mulai Rabu ini.

Beliau berkata, tindakan segelintir penyokong parti yang menjerit dan melaungkan desakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri agar membubarkan Parlimen jelas bertentangan dengan budaya UMNO

“Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin. Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden segelintir penyokong BN yang menjerit dan melaungkan “Bubar Parlimen!” kepada Ismail Sabri ketika beliau serta para pemimpin kanan UMNO masuk ke dalam dewan Pejabat Perhubungan UMNO Johor ketika pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelmarin.

Jumaitul Laily turut mengingatkan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 12 Januari lalu menegaskan bahawa sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Jempol, Nor Haliza Zainal Abidin pula berkata, insiden tersebut jelas bercanggah dengan budaya UMNO.

Advertisements

“Keputusan berhubung PRU-15 tertakluk kepada perbincangan pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Perdana Menteri selaku Naib Presiden UMNO dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA),” katanya.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang, Robiah Abd Rani pula n menasihatkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi agar tidak berperangai terlebih sudu daripada kuah.

“Hormati peranan dan keputusan pemimpin tertinggi UMNO berhubung apa-apa jua isu.

“UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan.

“Justeru itu, gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan anda,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan