32.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Khairuddin umum keluar Pas, jadi Ahli Parlimen Bebas

Mesti Baca

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.

Menurut bekas Menteri Perladangan dan Komoditi itu, surat permohonan telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengikut Perlembagaan parti.

“Merujuk perlembagaan Pas, Fasal 15 (1)(a) peberhentian ahli dengan permintaan

“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini, lapor Astro Awani.

Khairuddin juga akan menyerahkan semua elaun sebagai Ahli Parlimen untuk waktu berbaki sebelum Parlimen dibubarkan sebagai memenuhi Baiah ketika bertanding pilihan raya.

“Saya mendoakan Pas terus maju jaya sebagai sebuah parti yang membawa agenda Islam dan sebagai muslim saya akan terus memperjuangkan dasar Pas iaitu Islam dan seruan Pas iaitu Allahuakhbar dan tujuan dan usaha Pas sebagaimana yang termaktub Fasa 3,4,5 dan 6 Perlembagaan Pas yang semuanya selaras dengan kehendak Islam,” katanya lagi.

Baca juga:   18 Ahli Parlimen PAS teguh sokong Muhyiddin

Beliau juga menyeru semua ahli Pas agar terus istiqamah dengan perjuangan Pas dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah parti itu.

Khairuddin memaklumkan, beliau juga akan duduk di Blok Bebas di Dewan Rakyat dalam tempoh sebelum Parlimen dibubarkan.

Beliau sebelum ini dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selepas tidak sampai dua bulan dilantik dan kemudiannya digugurkan pula sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas.

Baca juga:   Bubar Parlimen jalan terbaik hadapi ahli politik tidak berdisiplin

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan