31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Tiada peratusan tertentu ditetapkan pelajar hadir ke sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA peratusan tertentu ditetapkan bagi pelajar hadir ke sekolah tanpa penggiliran walaupun terdapat peningkatan kadar vaksinasi di sekolah-sekolah tertentu.

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, kerajaan akan terus memantau keadaan semasa mengambil kira peralihan ke peringkat endemik COVID-19 untuk membolehkan semua murid hadir ke sekolah seperti biasa.

Beliau berkata, terdapat baki 1,700 sekolah di seluruh negara yang masih menggunakan sistem penggiliran dan sekolah-sekolah peringkat rendah tidak akan bergilir apabila sesi persekolahan baharu dibuka 21 Mac ini.

“Sebab kerajaan tidak meletakkan nilai ambang kerana apa yang berlaku, jika untuk sekolah menengah itu terdapat peningkatan konsisten dalam kadar vaksinasi, macam sebelum ini kerajaan kata 90 peratus boleh pergi sekolah tanpa penggiliran, tetapi yang berlaku keadaannya cukup berbeza di sekolah rendah di satu-satu sekolah yang lain.

Baca juga:   Perkeso laksana SKSSR mulai esok

“Kalau kerajaan tunggu nilai-nilai ambang tertentu untuk membolehkan mereka hadir tanpa penggiliran, akan ada keadaan sekolah jauh ke belakang, dan sampai bila berterusan untuk bergilir?

“Jadi, daripada kerajaan memperincikan sekolah-sekolah yang boleh pergi tanpa penggiliran, setelah duduk berbincang dengan kementerian, apabila sekolah dibuka, kita bawa masuk dahulu sekolah di bawah 600 murid tanpa penggiliran dan lihat bagaimana keadaannya.

“Jika berjalan dengan baik, maka yang selebihnya akan dibawa masuk tanpa penggiliran juga, cuma tarikhnya akan ditetapkan kemudian,” katanya semasa menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini, lapor Utusan.

Baca juga:   KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung

Beliau berkata demikian menjawab soalan celahan daripada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (PH-DAP).

Nie Ching berkata, terdapat sekolah-sekolah mempunyai kadar vaksinasi berbeza dan perlu pendekatan berbeza.

Pada minggu lalu, Radzi berkata, sistem penggiliran bagi sekolah rendah lebih 600 orang dijangka boleh ditamatkan pada bila-bila masa berbanding menetapkan sasaran kadar vaksinasi.

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan