34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tanah runtuh Ampang: Penghuni perlu kosongkan rumah sebulan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGHUNI rumah berhampiran lokasi tanah runtuh yang berlaku Khamis lalu di Taman Bukit Permai 2, Ampang kemungkinan terpaksa mengosongkan rumah mereka sehingga se­bulan.

Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 23, Mohamad Samat berkata, ini kerana pasukan teknikal yang sedang menjalankan tindakan susulan.

Beliau berkata, kesemua penghuni terjejas termasuk 15 rumah di Taman Bukit Permai 1, perlu bersedia untuk mencari tempat tinggal sementara kerana proses kajian serta tindakan pasukan teknikal dipercayai boleh mengambil waktu lama.

“Secara peribadi, mangsa yang terjejas perlu bersedia untuk mengosongkan rumah dalam tempoh lama sekurang-kurangnya dua minggu dan boleh mencecah sehingga sebulan.

“Tindakan selanjutnya akan dibincang serta diputuskan pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya lapor Kosmo!

Advertisements

Selain itu, beliau menegaskan, kebajikan serta pengurusan peng­huni rumah yang tidak mempunyai tempat tinggal akan sentiasa dijaga.

“Kepentingan mangsa yang terjejas daripada aspek kebajikan, fizikal dan emosi akan ditekankan serta diusulkan di dalam mesyuarat berkala bersama JMG, Ikram, JKR dan PDRM,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, sebarang kerja pembersihan masih belum diputuskan pasukan teknikal kerana kajian berhubung pergerakan tanah sedang giat dijalankan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan gelongsoran tanah baharu akan berlaku jika kea­daan cuaca buruk berterusan.

“Jika cuaca tidak menentu dan hujan berterusan, bahagian atas cerun berpotensi untuk terjadi runtuhan tanah susulan, namun perlu menunggu laporan rasmi dari JMG berhubung keselamatan penduduk tersebut,”katanya.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan