Tuesday, July 21, 2026

Awas! ‘Scammer’ guna nama Imigresen Johor kutip sumbangan

Sebarang penggunaan menggunakan lambang rasmi dan nama Jabatan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang.

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan mengutip sumbangan menggunakan nama jabatan itu yang aktif sejak akhir-akhir ini.

Ia susulan penularan satu surat dan resit bayaran yang dikaitkan dengan pihak JIM Johor memohon sumbangan kepada orang ramai khususnya para peniaga bagi satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)  melibatkan anak-anak yatim seramai 500 orang.

“Untuk makluman, JIM Johor menafikan ada mengeluarkan permohonan berkaitan sumbangan serta resit pembayaran secara bertulis,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, JIM Johor menyeru orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang mesej pesanan sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mahupun platform pemesejan seperti Whatsapp, Telegram, WeChat dan lain-lain serta panggilan telefon berkenaan perkara diatas.

Sekiranya ada pihak yang telah membuat transaksi pembayaran mengenai kegiatan scam ini, JIM Johor menggesa agar tampil dan membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

“JIM Johor memandang serius mengenai penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan pada orang awam. 

“Sebarang penggunaan menggunakan lambang rasmi dan nama Jabatan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan