25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Taruh nyawa, pengorbanan tentera darat dihargai – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SAMBUTAN Hari Tentera Darat ke-89 hari ini merupakan satu simbolik pengorbanan dan perjuangan Tentera Darat Malaysia tidak ternilai harganya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di perbatasan yang penuh cabaran, tentera darat mempertaruhkan nyawa dan air mata.

Menurut beliau, berbekalkan semangat yang tinggi dan ikhlas, mereka berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Saya menjadi saksi, bahawa tentera darat menjadi sandaran rakyat sebagai tempat titipnya sebuah pengharapan, apabila warga tentera darat juga membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Di bawah panas terik jua, mereka cekal membersih, membaiki semula rumah, membina jambatan, dan merawat Keluarga Malaysia yang ditimpa kesakitan melalui Hospital Medan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, peranan Tentera Darat dalam bersama-sama membantu negara mengharungi pandemik Covid-19 juga sangat tidak boleh dilupakan.

Advertisements

“Terima kasih tentera darat. Semoga warga gagah setia terus komited dalam melaksanakan tugas demi mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

“Selamat menyambut Hari Tentera Darat Ke-89 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia.

Untuk rekod, Hari Tentera Darat disambut pada 1 Mac setiap tahun.

Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 dengan tema ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’ tahun ini berlangsung secara fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Selasa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan