24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

PRN Johor: Polis buka tujuh kertas siasatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka tujuh kertas siasatan melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Jurucakap media PRN Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, ia dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu Seksyen 427 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan, masing-masing bagi perbuatan khianat dan khianat dengan api atau benda liputan, serta 24 (B)(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“PDRM Johor menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster-poster, sepanduk, bendera, kain rentang dengan mencabut atau membakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, tindakan berkenaan merupakan perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan,”katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata PDRM Johor telah meluluskan 36 permit ceramah di seluruh negeri Johor, pada hari sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac. – Bernama

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan