28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

708 calon SPM di Kelantan tangguh peperiksaan BM, BI

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 708 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di tujuh buah sekolah di Kelantan akan menangguh untuk menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) yang dijadualkan bermula esok dan lusa.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kesemua pelajar itu akan kembali menduduki peperiksaan dua kertas itu pada sidang kedua yang berlangsung pada bulan April depan.

Menurutnya, calon yang perlu menangguhkan peperiksaan dua kertas itu terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Khairiah Banggol Stol, SMU (Arab) Al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, SMK Rantau Panjang, SMK Baroh Pial dan Mahaad Muhammadi Rantau Panjang.

“Peperiksaan pada sidang April ini hanya melibatkan mata pelajaran BM dan BI sahaja. Pelajar yang terlibat banjir ini terpaksa menangguhkan dua kertas peperiksaan itu berikutan tujuh buah sekolah dilanda banjir selain tiada pusat peperiksaan alternatif di daerah ini.

“Sidang kedua untuk SPM bukan perkara baharu. Tahun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut menggunakan keadah yang sama berikutan terdapat calon SPM yang positif Covid-19,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Lati, Rantau Panjang hari ini.

Keadaan SMKA Lati, Rantau Panjang yang terjejas akibat banjir.

Radzi memberitahu, peperiksaan bagi kertas peperiksaan SPM yang lain selepas ini berjalan seperti biasa, namun ia bergantung kepada situasi semasa banjir.

Menurutnya, calon SPM yang terkesan dengan banjir atau sukar ke pusat peperiksaan boleh berhubung dengan guru atau pengetua sekolah untuk tindakan lanjut.

“Calon SPM yang terjejas akibat banjir sehingga pakaian sekolah rosak, mereka boleh memakai apa sahaja pakaian yang bersesuaian sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya berlaku banjir atau paras air semakin naik dalam tempoh peperiksaan berlangsung sehingga menjejaskan pusat peperiksaan,“ katanya.

Sementara itu, Radzi berkata, semua pusat peperiksaan SPM di Terengganu akan beroperasi sepenuhnya esok .

“Walaupun ada sekolah yang terkesan banjir, calon-calon SPM telah dipindahkan ke pusat-pusat peperiksaan alternatif yang diwujudkan,” katanya.

Sebelum itu, beliau berkata, KPM menerusi Lembaga Peperiksaan menurut beliau, sentiasa memantau rapi situasi banjir dan telah menyediakan pelan tindakan bagi memastikan calon SPM tahun 2021 dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan teratur dan selamat.

“KPM komited memastikan kebajikan calon SPM yang terkesan dengan banjir diberi perhatian sebaiknya,” katanya

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan