26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PRN Johor: 1,021 pusat mengundi, 4,638 saluran dibuka esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,021 pusat mengundi akan dibuka esok bagi menjalankan proses membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

Menurut beliau, SPR hari ini menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya untuk kegunaan proses pengundian yang akan dijalankan esok.

“Semakan ini bagi memastikan semua peralatan dan kelengkapan bagi pengundian dalam keadaan baik. Peralatan ini diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM).

“Manakala, seramai 2,539,606 pengundi biasa bakal mengundi untuk memilih wakil rakyat di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ikmalrudin berkata, SPR menasihatkan pengundi agar keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Menurutnya, SPR juga ingin mengingatkan kepada para majikan supaya membenarkan pekerja mereka keluar mengundi sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“SPR memberi peringatan agar semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada malam ini iaitu sehingga 11.59 minit malam,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan