24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Potensi banjir kilat akibat peralihan monsun mulai 14 Mac

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

FASA Peralihan Monsun yang dijangka bermula pada 14 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 3 November tahun lalu.

Menurutnya, semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Advertisements

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat seta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh tersebut dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

“Orang ramai juga bole menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan