29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

30,787 kes baharu, 389 kes dimasukkan ke ICU

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES positif Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 30,787 kes berbanding 30,246 kes kelmarin, serta mengatasi 26,457 kes sembuh.

Manakala, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan sedikit, 389 kes berbanding kelmarin 388 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit peningkatan kepada 229 kes berbanding kelmarin, 225 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan penurunan kepada empat kluster berbanding kelmarin, lima kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,869 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 419 kluster berbanding kelmarin, 424 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,450 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 224 kes daripada 30,787 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 30,563 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 224 kes kategori tiga, empat dan lima, 58 kes atau 25.89 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 94 kes atau 41.96 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 72 kes atau 32.14 peratus telah menerima dos penggalak.

Advertisements

“Selain itu, 122 kes atau 54.46 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 96 kes atau 42.86 peratus mempunyai komorbid; dan dua kes atau 0.89 peratus adalah ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 70 kes berbanding semalam, 113 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 33,567 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 19 daripada 70 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,974 kes.

Manakala, bagi penggunaan katil kritikal atau ICU di enam negeri kekal melebihi 50 peratus.

“Ia diikuti di Johor dengan penggunaan sebanyak 68 peratus, Putrajaya (67 peratus), Kuala Lumpur (62 peratus), Selangor (57 peratus) dan Pulau Pinang (57 peratus).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan