24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

4 daripada 5 mangsa tanah runtuh Ampang terkorban

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TRAGEDI tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor petang semalam mengorbankan empat daripada lima individu dengan mangsa terakhir ditemukan pada pukul 1.55 pagi ini.

Mangsa kelima berkenaan merupakan seorang lelaki dipercayai lingkungan 50-an yang juga penghuni sebuah rumah yang tertimbus sepenuhnya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Terdahulu, pada pukul 11.30 malam, mayat pekerja Air Selangor turut ditemukan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penemuan mangsa terakhir itu menjadikan jumlah mereka yang tertimbus ialah lima individu.

Dalam perkembangan terbaharu kes, menurutnya, polis telah mengenal pasti identiti kelima-lima mangsa yang terbabit dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 petang itu.

Beliau berkata, empat mangsa yang disahkan maut ialah Chong Siew Kim, 85; E Ramasamy, 58; A Mahendran, 36; dan Mohd Saiful Ridzuan Ishak, 37.

Baca juga:   Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah

“Seorang lagi mangsa yang cedera ialah Cheng Kim Cheng berusia 85 tahun yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Proses pengecaman semua mangsa yang meninggal dunia sudah dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing dan bedah siasat masih berjalan ketika ini,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, tiga kediaman tertimbus, 15 buah rumah terjejas dan 10 kenderaan rosak.

Baca juga:   Omicron: Melaka, Johor kesan kes jemaah pulang umrah

Empat penghuni termasuk seorang wanita tertimbus manakala seorang pekerja Air Selangor yang melakukan kerja penyelenggaran tidak sempat melarikan diri turut terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Penduduk di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai yang berhampiran dengan kawasan kejadian dinasihat berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau mana-mana lokasi.

Mohamad Farouk berkata, ini kerana pihaknya mengambil masa untuk menentukan sama ada kawasan tersebut selamat atau sebaliknya.

“Pihak majlis daerah ada menyediakan PPS di Dewan MPAJ Taman Mega Jaya jadi kita harap penduduk dalam radius 100 meter lokasi kejadian dapat berpindah buat sementara waktu.

“Kita memberi pilihan kerana tidak dapat dipastikan keadaan tanah ini selamat atau tidak kerana kerja-kerja menentukan kedudukan tanah masih dalam proses kajian.

Baca juga:   RUU anti lompat parti dibahas, digulung Rabu, Khamis ini

-EDISI9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan