24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

[VIDEO] Tanah runtuh di Ampang: 4 mangsa dipercayai tertimbus

TERKINI: Dua mangsa terdiri lelaki dan wanita tempatan berjaya dikeluarkan manakala usaha mengeluarkan dua lagi mangsa giat dijalankan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA individu dipercayai masih lagi tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seorang mangsa berjaya ditemukan jam 6.54 petang manakala tiga masih tertimbus.

Menurutnya, mangsa yang ditemukan dalam keadaan selamat dan hanya alami cedera ringan manakala tiga lagi status tidak pasti.

“Pergerakan tanah masih berlaku di kawasan runtuhan dan dua rumah didapati tertimbus secara keseluruhan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.54 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian,” katanya.

Norazam berkata, berdasarkan laporan komander operasi, kejadian tanah runtuh menyebabkan 15 rumah dan dua rumah tertimbus secara keseluruhan dan 10 kenderaan.

Terdahulu, tular gambar serta video dalam media sosial kejadian tanah runtuh serta pergerakan tanah yang masih berlaku di kawasan berkenaan semasa usaha menyelamat dilaksanakan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku petang tadi.

Advertisements

Katanya, kejadian tersebut mengakibatkan 15 buah rumah dan 10 kenderaan tertimbus.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus.

“Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat,” katanya menerusi media sosialnya malam ini.

Pagi semalam, lapan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir sebuah blok di Pangsapuri Taman Bukit Permai, tidak jauh dari lokasi tanah runtuh hari ini, dihempap bongkah batu yang jatuh dari bukit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.30 pagi, semalam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan