24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rakyat Johor lebih takutkan kehadiran semula DAP – Annuar

Mesti Baca

USAHA bersungguh-sungguh DAP cuba menakutkan rakyat Johor jika kembalikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengetuai kerajaan negeri itu tidak akan berjaya, kata Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, rakyat Johor dan Malaysia lebih takut kepada kehadiran semua DAP yang membawa kerosakan dan kepalsuan sepanjang 22 bulan menjadi kerajaan.

Beliau berkata, ini berbeza dengan UMNO dan BN yang sudah mereka beri kepercayaan dan mandat untuk mentadbir negeri itu lebih daripada 60 tahun.

“Strategi DAP mendalangi parti-parti “kelihatan Melayu” tidak akan berjaya. BN sebagai parti muafakat berbilang bangsa kembali menjadi payung buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, rakyat Johor sebenarnya sudah mengenali UMNO sejak tahun 1946 apabila parti itu yang diasaskan oleh anak Johor dan ditubuhkan di kaki istana Johor.

Advertisements

Malah mereka juga istiqamah bersama parti itu sejak Pilihan Raya Umum Pertama (PRU-1) pada 1959 sehinggalah PRU-14 pada 2018.

“Hanya setelah PRU-14 di mana PH (Pakatan Harapan) yang didalangi DAP muncul dengan pelbagai janji dan hasutan, rakyat terkeliru seketika.

“Kini rakyat Johor sudah berani menunjuk jalan kepada DAP bermula sejak Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai lagi,” katanya.

Rakyat Johor akan menentukan kerajaan baharu Sabtu ini apabila proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Susulan itu, tempoh untuk berkempen hanya berbaki kira-kira 24 jam sebelum berakhir tepat 12 tengah malam esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan